PLAN PEMASARAN (MARKETING PLAN)

Picture


BONUS VeMMA

    Bagaimana kami di Vemma mendapat bonus? Ada yang dapat kecil nilainya, ada yang besar nilainya…kenapa? Ok, saya akan terangkan bagaimana dan apakah bonus-bonus di Vemma. Di Vemma mengandungi 10 bonus + 3 bonus di Vemmabuilder , Total = 13 bonus tetapi pada kali ini saya akan terangkan hanya 2 bonus sahaja dulu. Saya tidak akan menceritakan semuanya kerana anda pening pula nanti. Bonus-bonus di Vemma sangat lumayan dan besar-besar belaka. Mari kita berkenalan dengan dua bonus utama di Vemma:

1. Fast Start Bonus
2. Cycle Bonus



=============
Fast Start Bonus
=============

Bonus ini bolehlah di katakan sebagai bonus kerana anda telah mengembangkan perniagaan Vemma. Lebih mudah lagi ianya di namakan sebagai bonus tajaan.

Situasi pertama:
“Anda pergi ke kedai kereta bersama kawan anda kerana kawan anda ingin membeli kereta. Anda berjumpa sales manager di situ dan recommendkan kawan anda kereta di situ, anda akan di berikan komisyen kerana tolong recommendkan”

Situasi kedua:
“Mak saudara saya ada membuka Chalet di Pulau Perhentian. Saya telah membawa 10 orang kawan saya untuk menginap dan mereka semua menagmbil Pakej 3 hari 2 malam yang berharga RM300. Saya menerima komisyen 20% dari Mak Saudara saya bagi setiap seorang pelawat itu kerana tolong recommendkan” Sama juga dengan Vemma, jika anda mempromosikan Vemma kepada orang lain dan orang lain menyertainya, anda akan di bayar berdasarkan Pakej Produk yang di ambil oleh “downline” anda.
Picture

Di Vemma, kita ada 4 Pakej Produk :

Picture
Mungkin anda boleh faham jika lihat pada jadual di atas. Kita mendapat bonus tajaan bergantung kepada Pakej mana yang kita ambil dan Pakej mana yang downline kita ambil. Katakan...

# U mengambil Single pack, A mengambil Single pack, U akan dapat RM38
# U mengambil Single pack, A mengambil Basic pack, U akan dapat RM228
# U mengambil Basic pack, A mengambil Single pack, U akan dapat RM38
# U mengambil Single pack, A mengambil Silver pack, U akan dapat bonus RM342
# U mengambil Silver pack, A mengambil Ultimate pack, U akan dapat bonus RM950
dan begitulah seterusnya…. saya rasa anda faham.


TETAPI ada yang lebih best jika;
# U mengambil Ultimate pack, A juga mengambil Ultimate pack, U akan dapat bonus RM1520. (Besar tu 30% dari harga Pakej produk). Jadi ambillah Ultimate ya jika mahu bonus besar.

 
LAGI  TENTANG  KELEBIHAN  PAKEJ  ULTIMATE:
1) Layak fast start bonus RM1520 (USD400) berbanding hanya USD250 jika kita join dgn pakej yg lain. - untung utk dapat bonus/extra income yg cepat di permulaan.
2) Free maintainence 6 bulan, tak perlu active account. Just focus pada bisnes shj. Sangat baik di permulaan supaya tak tertinggal utk mendapat bonus daripada group/network.
3) Maximum payout per week layak mendapat USD25,000 (RM95,000) berbanding. Single Pack=USD1000 (RM3800), Basic Pack = USD3000 (RM11,400), Silver Pack = USD 10,000 (RM38,000). Kita buat bisnes ini adalah utk jangka masa panjang, jadi adalah terbaik utk syorkan pada business partner kita utk mendapat payout yg tinggi..if not, kita dah menyekat potensi kewangan mereka.
4) Upgrade ke status ultimate hanya SEKALI SEUMUR HIDUP. Lepas itu, anda nak maintain dgn single pun tak mengapa! Anda tetap status Ultimate utk menikmati kesemua faedah di vemma.
5) Jika anda telah join ke pakej selain Ultimate, anda diberi masa 90 hari utk upgrade ke status yg lebih besar iaitu Ultimate, selepas tempoh tersebut, anda tidak akan mendapat faedah2 dan kelebihan2 status Ultimate lagi. Walaupun anda membeli Ultimate pakej selepas itu, tetapi status anda masih dgn yg lama, tidak Ultimate. Jadi upgrade ke Ultimate today! Jadi di permulaan, adalah yg terbaik jika kita galakkan business partner kita join dgn Ultimate Pack terus, tidak membazir duit utk membeli berulangkali.
6) Kita lebih yakin utk buat bisnes ini, kerana kita serious, Ultimate hanya berharga RM5130, tetapi jika kita promote Ultimate jg di bawah kita, fast start bonus ialah RM1520!! almost 30% payout utk satu pakej. Yg tertinggi !!!
7) Product kita akan dapat sebanyak 15 pek, boleh jual runcit (rm380/pek) atau buat sample. Dan apabila kita consume vemma utk jangkamasa yg panjang, kesan yg baik utk kesihatan kita dan juga akan meningkatkan lagi keyakinan berkenaan perniagaan kita.



=============
Cycle Bonus
=============

Cycle bonus di kira berdasarkan point yang di kenali sebagai CV (Cycle Volume).
“Anda pergi ke Shell atau Petronas dan tunjukkan kad Real Rewards, anda akan dapat point. Point ini boleh di redeem dengan barang2 seperti payung, peti sejuk, TV dan sebagainya”

Sama juga konsepnya di Vemma. Anda akan mendapat point jika membeli Pakej produk Vemma. Malah anda juga dapat point jika orang yang anda perkenalkan turut membeli Pakej produk Vemma. Bayangkan jika anda ke stesen minyak, anda bawa 4 orang di dalam kereta tetapi hanya anda seorang sahaja yang dapat point.
Dan YANG PALING BEST, point CV di Vemma akan di redeem sebagai duit yang akan di bayar kepada anda pada setiap minggu. Cuba fikirkan, “anda suka di redeem sebagai duit atau payung?”
Untuk membolehkan anda me’redeem’ bonus CV (cycle bonus) anda, anda perlu cukupkan point CV di kedua-dua belah kaki dengan nisbah ;
1 cycle bonus = 180 CV di kaki 1 + 360 CV di kaki 2
atau
1 cycle bonus = 360 CV di kaki 1 + 180 CV di kaki 2
Picture
1 Cycle bonus = USD30.33 / RM114
Bagaimana kita boleh mendapat CV? Seperti yang saya tulis di atas, ianya adalah melalui pembelian Pakej produk samada diri sendiri atau downline kita. Setiap pakej produk memberikan CV yang berbeza. Lihat jadual di bawah:
Picture
Picture
p/s - Di dalam Vemma, kita berupaya mendapat limpahan CV dan downline daripada Upline. CV di kaki 1 akan terus meningkat dan meningkat walaupun kita masih belum ada Paid Member direct line lagi kerana di berikan oleh Upline. Best kan Vemma ?


PLAN GANJARAN VeMMA

     PELAN GANJARAN Dwibarisan ( Dual Line Compensation Plan) berdasarkan konsep pembinaan dua pasukan yang mudah, iaitu satu pasukan kiri dan satu pasukan kanan. Oleh sebab anda hanya perlu membina dua pasukan sahaja, maka ia menjadi semakin menarik apablia ahli baru menyertai setiap pasukan dari barisan ke barisan dan membantu lebih ramai orang menikmati jumlah jualan dan mencipta lebih penjanaan (leverage) dalam pelan ini. Ini akan membolehkan anda memperolehi komisen bukan sahaja atas jualan peribadi sahaja tetapi juga atas jualan orang lain di bawah barisan anda, tanpa kira siapa yang mencapai jualan itu, walaupun mereka diletakkan di bawah barisan anda oleh upline anda! 
     Apabila anda menjadi seorang Ahli dan mengadakan pesanan Autoship untuk sekurang-kurangnya satu Program Pemakanan Vemma, anda akan menerima satu Pusat Perniagaan Vemma (VBC) dan laman web pemasaran percuma dengan serta merta. Anda akan diletakkan secara automatik dalam salah satu daripada dua kumpulan Pendaftarl (Enroller) anda. Kemudian, anda boleh menumpu perhatian untuk membina satu atau kedua-dua kumpulan anda dan menikmati komisen limpahan Ahli Baru dan Pelanggan yang didaftar oleh upline anda!

   
 Apa yang hebat sekali ialah Pelan Ganjaran Vemma membayar komisen kepada Ahli pada setiap minggu supaya anda berpeluang menerima bayaran anda pada setiap minggu. Pesanan Autoship akan mengaktifkan keahlian anda selama lima minggu; iaitu pada minggu anda mengadakan pesanan dan empat minggu berikutnya.

    Pelan Ganjaran Dwibarisan yang unik memberikan tiga cara kepada anda untuk mencapai pendapatan seperti berikut: 
- Pendapatan Pembinaan Kumpulan ( Team Building Income)
- Pendapatan Runcit (Retail Income)
- Dana Bonus Global (Global Bonus Pool) 

1. Pendapatan Pembinaan Kumpulan (Team Building Income)

    Pendapatan Pembinaan Pasukan dicapai dengan mempromosikan peluang Vemma. Untuk membolehkan keahlian anda layak memperolehi pendapatan ini, anda hanya perlu menyertai program Autoship kami bagi sekurang-kurang satu Program Pemakanan Vemma (60QV) dan melayakkan keahlian anda dengan mengadakan satu Ahli Vemma yang aktif di kumpulan kiri dan satu lagi di kumpulan kanan anda. Ahli-ahli aktif di kedua-dua kumpulan kiri dan kanan mesti mempunyai pesanan minimum sebanyak 60QV tetapi mereka tidak diwajibkan untuk mempunyai keahlian yang layak.Bonus berikut merupakan berbagai-bagai pendapatan Pembinaan Pasukan yang anda layak perolehi!

Instant Sponsor Bonus (Bonus Penaja Segera):
 Hanya untuk jualan pertama, Penaja Upline Terus akan menerima Instant Sponsor Bonus sebanyak USD$4 atas pembelian Ahli baru mereka, termasuk pembelian Family Pack. Pesanan berikutan akan dibayar dalam bentuk Cycle Bonus yang sedia ada. Bonus ini tidak memerlukan ahli yang aktif atau kelayakan keahlian. Namun demikian, seseorang Ahli perlu membuat sesuatu pesanan pada satu ketika. Bonus ini akan dibayar kepada setiap Ahli sekali sahaja dalam hidupnya.
 

Fast Start Bonus (Bonus Permulaan Cepat):
Pesanan Sebanyak 60QV Pendaftar yang layak akan menerima Fast Start Bonus atas pesanan pertama daripada ahli-ahli yang didaftar oleh mereka sendiri. Pendaftar layak mendapat USD10 dolar atas 1 Pak; USD20 atas 2 Pak. Untuk memperolehi Bonus Permulaan Cepat anda hendaklah menjadi ahli aktif dengan pesanan sebanyak 60QV

Vemma Nutrisi Program                           Bonus Perolehi                             QV / CV

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
1-Pak                                                            $10 USD                                      30
2-Pak                                                            $20 USD                                      60
Pakej Pembina Basis ( 4 pak )                       $60 USD                                      120
Pakej Pembina Silver ( 6 pak )                      $120 USD                                    180
Pakej Pembina Ultimate ( 12 pak )                $250 USD                                    360
V2-30 Pak (Akan Datang)                               $10 USD                                       30


Consistency Bonus (Bonus Konsistensi): 
Sebagai Pendaftar, anda akan menerima Consistency Bonus seperti berikut atas setiap pesanan yang dibuat oleh ahli yang anda daftarkan; USD$3 Consistency Bonus (satu program Pemakanan Vemma); USD$6 Consistency Bonus (dua program Pemakanan Vemma), selagi anda menjadi ahli aktif dengan 120QV dan layak dalam keahliaan anda. Mana-mana Consistency Bonus yang dijanakan tetapi tidak layak diterima oleh Pendaftar berkenaan akan ditambah kepada jumlah nilai kitar mingguan.


Vemma Nutrisi Program                                               Bonus Perolehi
-------------------------------------------------------------------------------------------
1-Pak                                                                                 $3 USD
2-Pak                                                                                 $6 USD
Pakej Pembina Basis ( 4 pak )                                            $12 USD
Pakej Pembina Silver ( 6 pak )                                           $18 USD
Pakej Pembina Ultimate ( 12 pak )                                     $36 USD
*V2-30 Pak (Akan Datang)                                                  $3 USD     


Cycle Bonus (Bonus Kitar): 
Pada hujung setiap tempoh jumlah jualan (mingguan), komputer Vemma akan menyemak kumpulan kiri dan kanan anda dan jika terdapat tiga jualan (180QV) dalam satu kumpulan dan enam jualan (360QV) dalam kumpulan lain, maka anda akan layak menerima Cycle Bonus berjumlah kira-kira USD$25 . Anda boleh menerima Cycle Bonus dengan banyak kali dalam satu tempoh masa yang sama! Tetapi anda mesti pada keadaan aktif dan layak dalam keahlian anda.
Untuk memastikan akan mendapat bonus yang paling tinggi, Vemma akan mencampurkan wang sebanyak 50% daripada yang diborongkan kepada Dana Kitar pada setiap minggu.



Vemma Nutrisi Program        Jualan Pertama        QV / CV         Jualan Seterusnya               QV / CV
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
1-Pak                                    1/2 kitar kredit            30               1 kitar kredit                        60
2-Pak                                   1 kitar kredit                60               2 kitar kredit                        120
Pakej  Basis(4 pak )              2 kitar kredit               120              4 kitar kredit                       240
Pakej Silver(6 pak )              3 kitar kredit               180              6 kitar kredit                       360
Pakej Ultimate(12 pak )        6 kitar kredit               360             12 kitar kredit                      720
V2-30 Pak (Akan Datang)      1/2 kitar kredit             30               1 kitar kredit                        60


Cycle Bonus
 Bagi setiap keahlian tidak dihadkan dan baki jualan yang belum dibayar sebagai Cycle Bonus kepada ahli yang aktif tidak akan dibatalkan. Setiap jualan 2 Pek akan dikira sebagai dua jualan Cycle Bonus. Setiap jualan Pak Family akan dikira sebagai empat jualan dan setiap jualan Pak Super Family akan dikira sebagai enam jualan.

Anda tidak akan layak untuk menerima pendapatan sehingga anda telah melayakkan keahlian anda dengan mempunyai seorang ahli Vemma aktif dalam kumpulan kiri dan seorang lagi di dalam kumpulan kanan anda yang anda memperkenalkannya sendiri. Namun demikian, mana-mana jualan yang dicapai oleh kumpulan anda TIDAK akan dibatalkan dan akan disimpan sehingga anda melayakkan keahlian anda selagi anda menjadi Ahli yang aktif. Jika anda tidak layak dalam mana-mana minggu, maka jualan dari minggu tersebut tidak akan dikumpulkan. Jika anda tidak aktif dalam 4 minggu secara berturut-turut, maka mana-mana jualan minggu yang terkumpul akan dibatalkan. Jika anda tidak aktif dalam 24 minggu berturut-turut maka keahlian anda akan ditamatkan.

Enroller Matching Bonus (Bonus Sepadan Pendaftar): 

Bonus ini membolehkan anda layak menerima 10% Enroller Matching Bonus atas Cycle Bonus Ahli-Ahli yang didaftar oleh anda sendiri. Untuk layak menerima Enroller Matching Bonus ini anda hanya perlu menambah pesanan Autoship bulanan anda sendiri kepada dua Program Pemakanan Vemma (120QV) dan mempunyai empat orang Ahli aktif (60QV setiap satu) yang anda daftarkan sendiri. Dua orang Ahli yang didaftar untuk kelayakan ini ditempatkan pada sebelah kiri dan kanan kumpulan.Dua orang Ahli yang lain boleh diletakkan di mana-mana sahaja dalam kumpulan anda.

Second Tier Matching Bonus (Tahap Kedua Bonus Sepadan): 
Anda bukan sahaja dapat memperoleh keuntungan daripada mereka yang anda daftarkan, tetapi anda juga layak menikmati 10% bonus sepadan atas Cycle Bonus seluruh Ahli yang anda daftarkan sendiri. Jika pesanan Autoship peribadi anda terdiri daripada dua Program Pemakanan Vemma dan anda mempunyai enam orang Ahli aktif (60QV setiap satu) yang anda daftar sendiri, maka anda akan layak untuk menerima bonus ini. Dua orang Ahli yang didaftar untuk kelayakan ini ditempatkan pada sebelah kiri dan kanan kumpulan.Empat orang Ahli yang lain boleh diletakkan di mana-mana sahaja dalam kumpulan anda.

Pemampatan:
 Jika Pendaftar tidak layak untuk mendapat Matching Bonus atau Second Tier Matching Bonus, maka upline Pendaftar pertama yang layak akan menerima Enroller Maching Bonus. Second Tier Matching Bonus akan diserah kepada upline Pendaftar seterusnya yang layak. Enroller Matchning Bonus dan Second Tier Matching Bonus tidak akan dimampatkan kepada orang yang sama.


2. Pendapatan Runcit  (Retail Income)

Bonus Konsumer
 Pendaftar boleh mendapat bonus konsumer atas pembelian produk daripada konsumer yang diperkenalkan oleh mereka. Peruntukan bonus konsumer bagi Taiwan dan Malaysia adalah 20% daripada harga ahli atas penempahan pertama dan seterusnya.  

3. Dana Bonus Global  (Global Bonus Pool)
3% daripada keseluruhan jualan Vemma akan diperuntukkan sebagai bonus kumpulan global yang berlangsung setiap 12 minggu bagi menggalak pembinaan pasukan dan kerjasama sesama pemimpin. Untuk melayakkan diri kamu menerima semua syer daripada bonus ini, bilangan Bonus Kitar anda mesti mencapai atau melebihi syarat kitaran tertentu seperti yang ditunjukkan di bawah. Setiap pangkat yang kamu tercapai dan berkelayakan menerima bonus juga menghakkan kamu menerima satu syer daripada pangkat yang sebelumnya. Ini membolehkan kamu berpeluang untuk menerima sebahagian syer daripada pangkat lain.


Malahan, dengan mencapai kitaran tertentu dalam tempoh empat minggu anda boleh mencapai palbagai pangkat dan diperakukan sebagai pemimpin!

Picture
Picture

This free website was made using Yola.

No HTML skills required. Build your website in minutes.

Go to www.yola.com and sign up today!

Make a free website with Yola